PEJABAT PERTANIAN DAERAH TANGKAK.

📢 HEBAHAN KURSUS PERTANIAN

🌾 KURSUS APLIKASI PENGGUNAAN KAPUR CECAIR MENGGUNAKAN DRONE PADA TANAMAN PADI 🚁

Pejabat Pertanian Daerah Tangkak dengan kerjasama agensi berkaitan akan mengadakan kursus bagi memperkukuh pengetahuan dan kemahiran petani dalam pengurusan kesuburan tanah sawah menggunakan teknologi moden.

📅 Tarikh: 21 Mei 2026 (Khamis)

⏰ Masa: 9.00 pagi

📍 Lokasi: Balai Raya Kg Kesang Tasek, Sungai Mati, Tangkak

🔎 Pengisian Kursus:

✔️ Memahami konsep asas penggunaan kapur cecair dalam pengurusan kesuburan tanah sawah

✔️ Mengenal pasti kepentingan pH tanah dan kesannya terhadap pertumbuhan tanaman padi

✔️ Memahami teknik penyediaan bancuhan kapur cecair yang betul sebelum aplikasi

✔️ Mengaplikasikan amalan pertanian moden (Precision Agriculture) menggunakan drone 🚁

💡 Kursus ini bertujuan membantu petani meningkatkan kecekapan pengurusan tanah serta mengoptimumkan hasil padi melalui pendekatan teknologi pertanian moden.

👨‍🌾 Jom bersama kami ke arah pertanian pintar, cekap dan mampan!

– Untuk penyertaan boleh scan QR yang disediakan di bawah. Penyertaan adalah terhad.

📞 Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pejabat Pertanian Daerah Tangkak.

#PertanianModen#PrecisionAgriculture#DronePertanian#KapurCecair#SawahPadi#Tangkak#PetaniDigital

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *