PEJABAT PERTANIAN DAERAH TANGKAK.
KEMPEN KESEDARAN: BILAS 3 KALI & KITAR SEMULA BEKAS RACUN PERTANIAN
.
Pejabat Pertanian Daerah Tangkak menyeru semua petani dan pengguna racun perosak agar sentiasa mengamalkan amalan pertanian yang selamat, bersih dan mesra alam ![]()
Langkah penting yang perlu diamalkan:
Bilas bekas racun 3 kali (triple rinse) selepas penggunaan
Tusuk / hancurkan bekas untuk elakkan guna semula
Hantar bekas ke pusat pengumpulan atau program kitar semula yang disahkan
Jangan buang sembarangan di kawasan ladang atau sungai
Amalan ini penting untuk:
Mengelakkan pencemaran alam sekitar
Melindungi kesihatan petani dan orang awam
Menyokong pertanian mampan dan selamat
Ingat ya, kecil je tindakan kita⦠tapi besar impaknya!
Jom kita jadi petani yang lebih bijak & bertanggungjawab ![]()
#PertanianMampan#Bilas3Kali#KitarSemulaBekasRacun#PejabatPertanianTangkak#SelamatBersamaAlam

