𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐘𝐄𝐑 𝐇𝐈𝐓𝐀𝐌
KURSUS USAHAWAN INDUSTRI ASAS TANI PUSAT PERTANIAN AYER HITAM
Tajuk : Kursus Pembuatan Roti Bagel
Tarikh : 13 – 14.05.2026
Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang
Bertempat : Makmal IAT 1
Perasmi : Encik Samat bin Md Yusof
Tenaga pengajar : Puan Nazirah binti Mohd Nor
Kursus Pembuatan Roti Bagel merupakan kursus yang julung-julung kali diadakan adalah anjuran Pusat Pertanian Ayer Hitam. Ianya telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari melibatkan seramai 25 orang peserta.
Seperti biasa pada hari pertama (sebelah pagi), sesi teori dijalankan dibilik syarahan dan seterusnya peserta masuk ke dalam makmal IAT 1 untuk mempelajari pembuatan roti bagel ini.![]()
Sepanjang kursus dijalankan, para peserta mempelajari teknik penyediaan dan penghasilan pelbagai jenis bagel antaranya:
1) bagel topping bijian
2) bagel matcha berinti kacang merah
3) bagel blueberi
4) bagel kismis kayu manis
Tahniah dan syabas kepada semua peserta atas komitmen serta semangat yang diberikan sepanjang kursus berlangsung. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta membuka peluang untuk menghasilkan produk bakeri yang lebih kreatif dan berkualiti pada masa akan datang.
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor









































































