𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈
.
.
𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗖𝗟𝗢𝗖𝗞 𝗢𝗨𝗧 𝗧𝗘𝗥𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥
𝗣𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗠𝗔𝗥𝗜𝗔𝗠 𝗔𝗕𝗗 𝗞𝗔𝗥𝗜𝗠![]()
.
.
𝟯𝟬 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟲
.
.
Penolong Pegawai Pertanian Gred G6
Ketua Bahagian Operasi
Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi
.
.
Dengan penuh penghargaan, dirakamkan ucapan terima kasih atas segala jasa, komitmen dan sumbangan sepanjang berkhidmat di Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi.
.
.
Puan Siti Mariam Abd Karim akan berpindah ke Pejabat Pertanian Daerah Mersing
.
.
Semoga terus cemerlang dan diberkati dalam setiap langkah perkhidmatan. ![]()
Pantun Perpisahan ![]()
.
.
Pergi ke kebun memetik kelapa,
Singgah sebentar di tepi perigi;
Jasa dikenang sepanjang masa,
Budi ditabur kekal di hati.
.
.
Burung merbah terbang ke hulu,
Hinggap sebentar di dahan jati;
Andai jauh di mata selalu,
Di ingatan tetap bersemi.
.
.
Ikhlas dari Encik Mohd Hafizh Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi serta seluruh warga kerja Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan




