PUSAT PERTANIAN AYER HITAM
KURSUS USAHAWAN ASAS TANI
Tarikh : 15 & 16 April 2026 ( Rabu dan Khamis )
Tajuk Kursus : Kursus Teknologi Efektif Mikroorganisma (TEM)
Bertempat : Pusat Pertanian Ayer Hitam, Kluang
Lokasi Amali : Petak Tanaman Organik
Penglibatan : Usahawan dan orang awam
Jumlah peserta : 17 orang
Perasmi : En. Samat Bin Md Yusof ( Ketua Bahagian Pembangunan)
Tenaga Pengajar : En. Muhammad Akmal Bin Baharim (Ketua Seksyen Sayuran & Tanaman Kontan)
Hari kedua
Kursus ini dijalankan selama dua hari dimana pada hari pertama disebelah pagi, peserta diberikan ilmu teori berkaitan dengan Teknologi Efektif Mikroorganisma (Pengenalan TEM, Penggunaan Penggalak Tanaman Organik & Penggunaan Kompos Dalam Pertanian).
Di sebelah petang dan hari kedua, peserta diberikan peluang melakukan sendiri (Hand’s On) berkaitan Penyediaan Kompos & Bokashi, Penyediaan Bio Nutrien dan Penyediaan Organik Plant Booster.
Bokashi ialah kaedah pengkomposan organik dari Jepun yang menukarkan sisa makanan kepada baja tanah kaya nutrien melalui proses penapaian anaerobik (tanpa oksigen) menggunakan dedak bokashi. Kaedah ini cepat, kurang berbau, dan boleh mengompos sisa daging serta tenusu di dalam bekas tertutup.
Kelebihan & Cara Bokashi:
Proses Penapaian: Menggunakan mikroorganisma efektif (EM) dalam dedak untuk merawat sisa.
Sisa Diperam: Sisa makanan diletakkan dalam baldi khas, ditabur dedak, dan dimampatkan setiap hari, kemudian diperam selama 2-4 minggu.
Hasil: Mengurangkan bau busuk, lebih pantas daripada kompos biasa, dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.
Kegunaan: Hasil tapai (pre-compost) kemudian ditanam di dalam tanah untuk terurai sepenuhnya.
Bokashi sesuai untuk amalan pertanian bandar dan isi rumah yang ingin mengurangkan sisa dapur.
Melalui cara ini, para peserta kursus akan dapat mendalami dan memahami lebih terperinci Teknologi Efektif Mikroorganisma (TEM) sebelum dan selepas dengan kaedah yang betul.
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor





































































