PEJABAT PERTANIAN DAERAH BATU PAHAT
PAMERAN JABATAN PERTANIAN SEMPENA MAJLIS PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI NATIONAL PINTUNG SAINS DAN TEKNOLOGI TAIWAN, MALAYSIA
Tarikh : 14 – 15 Mac 2026 Sabtu – Ahad
Lokasi : Grand Sea View Restaurant, Batu Pahat
Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat telah dijemput untuk mengadakan Pameran myGAP dan Industri Asas Tani sempena Majlis Persatuan Alumi Universiti National Pintung, Sains dan Teknologi Taiwan yang telah diadakan di Grand Sea View Restaurant selama 2 hari. Pelbagai syarikat dan agensi turut membuat pameran diantaranya adalah Agrobank, Kia Shing Importers & Expoters, Simple Farm Sdn Bhd, ACM, Chong Yian, Vigor Sdn. Bhd. dan lain – lain. En. Mohd Hafiz bin Ramly Timbalan Pengarah Pertanian Pembangunan Negei Johor turut menyampaikan Sijil myGAP kepada Syarikat Kia Shing Importers & Exporters. Majlis turut dihadiri oleh :-
Perasmi :
Dr. Musaalbakri Abdul Manan
Pengarah MARDI Negeri Johor (Wakil Exco)
Tuan Timbalan Wakil (Timbalan Ketua Misi) James JM Buu Pejabat EKonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia
Dr. Chang Chin-Lung: Presiden, Universiti Sains dan Teknologi Nasional Pintung
En. Phang Ching Ho: Presiden Federation of Malaysia Alumni Associations of Taiwan
En Siew Teck Chai: Pengerusi Persidangan
– Yang Berhormat Puan Gan Peck Cheng Ahli Dewan Negeri (ADUN) Penggaram
TUAN HAJI YOSRI BIN MOHD : PENGARAH PERTANIAN NEGERI JOHOR diwakili oleh Encik Mohd Hafiz Bin Ramly : Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Johor
YBhg. Tuan Lim Swee Kuan : Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan


































































