PEJABAT PERTANIAN DAERAH BATU PAHAT
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KASIH JOHOR 3.0 BANTUAN ONE-OFF PETANI AGRO MAKANAN
Tarikh: 5 Mac 2026 Khamis
Lokasi: Dewan Makmur Rengit
Penerima: Petani Agro Makanan seramai 585 orang
Perasmi: Yang Berhormat Datuk Dr Mohd Fuad bin Zarkashi
ADUN Rengit
Majlis ini telah diadakan di Dewan Makmur Rengit bagi menyampaikan bantuan one-off 3.0 kepada para petani agro makanan sebagai usaha memperkasa sektor pertanian dan meningkatkan pengeluaran makanan di peringkat tempatan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor serta Kerajaan Negeri Johor atas inisiatif berterusan dalam membantu golongan petani .
Seramai 585 orang petani Dun Rengit telah menerima bantuan ini. Semoga dengan bantuan ini menjadi pemangkin semangat kepada para petani untuk terus berdaya saing, produktif dan berinovasi demi menjamin keselamatan & keterjaminan makanan.
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan












