PEJABAT PERTANIAN DAERAH BATU PAHAT
LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK IAT DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2026
Tarikh : 3 Mac 2026 Selasa
Usahawan : Farah Hanim binti Ngah
Lokasi : Bangunan Benteng Peserai, Batu Pahat
Projek : Roti dan Biskut
Pegawai Terlibat :
Pn. Harziana binti Md Kharamani
Ketua Unit IAT Batu Pahat
Pn. Nur Liya binti Idrus
APIAT Daerah Batu Pahat
Tujuan : Lawatan pemantauan projek IAT dilaksanakan untuk menilai secara langsung status pelaksanaan projem, memastikan inisiatif pembangunan berjalan mengikut perancangan, mengenal pasti sebarang isu teknikal atau pengurusan. Ia juga bertujuan menilai prestasi, keberkesanan bantuan, serta memastikan hasil pemantauan direkodkan untuk tindakan susulan. Selain itu untuk memastikan data dan laporan yang dikemukakanoleh usahawan atau pegawai teknikal adalah tepat dan benar. Memberikan khidmat nasihat dan tunjuk ajar teknikal kepada usahawan bagi meningkatkan kualiti produk.
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan









