PEJABAT PERTANIAN DAERAH BATU PAHAT
PROGRAM PELANCARAN “JOM MAKAN SIHAT” DENGAN KERJASAMA JABATAN PERTANIAN MALAYSIA PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT
Tarikh : 10 Februari 2026 Selasa
Lokasi : Sekolah Kebangsaan Seri Puteri, Batu Pahat
Anjuran : Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Batu Pahat
Perasmi :
Tuan Ts Azreen bin Basir
Pengarah
Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman
Jabatan Pertanian Malaysia
Turut diringi :
Tuan Haji Yosri bin Mohd
Pengarah
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Pn. Mufiddah binti Mohamad
Pegawai Pertanian
Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat
Turut terlibat :
Pegawai dan Kakitangan
Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat
Program Pelancaran ‘Jom Makan Sihat’ yag diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Puteri Batu Pahat telah dirasmikan oleh Tuan Ts Azreen bin Basir Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman Jabatan Pertanian Malaysia. Turut mengiringi Tuan Hj Yosri bin Mohd Pengarah Pertanian Negeri Johor, Pn. Mufiddah binti Mohamad Pegawai Pertanian Daerah Batu Pahat, Pengerusi Persatuan Guru Besar Cawangan Batu Pahat dan Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat. Program ini turut dihadiri seramai 50 orang Guru Besar daripada 144 buah sekolah kebangsaan yang terdapat di Daerah Batu Pahat.
Objektif utama program ini dianjurkan adalah seperti berikut :-
1. Memastikan setiap pemimpin sekolah memahami kepentingan dan memiliki kesediaan untuk merangka serta melaksanakan dasar pemakanan sihat diperingkat sekolah masing-masing yang meliputi kantin, aktiviti kokurikulum dan majlis-majlis sekolah.
2. Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran guru mengenai konsep asas pemakanan seimbang agar mereka dapat mengintegrasikan maklumat ini secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Mendorong murid untuk membuat pilihan makanan yang sihat secara kendiri dan membudayakan amalan pengambilan sarapan yang berkhasiat.
Terima kasih juga diucapkan kepada En. Mohamad Noralam bin Sahroni Pegawai Eksekutif Promosi Hasil Ladang myGAP kerana telah menyumbangkan buah-buahan sempena Program ‘Jom Makan Sihat’.
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan




























