PEJABAT PERTANIAN DAERAH BATU PAHAT
LAWATAN PEMERIKSAAN TAPAK PERMOHONAN PENSIJILAN myGAP TAHUN 2026
Tarikh : 5 Februari 2026 Khamis
Usahawantani : Syarikat Hong Long Farming
Lokasi : Projek Pertanian Moden
Tanaman : Terung
Lawatan pemeriksaan tapak di projek tanaman terung yang diusahakan oleh Syarikat Hong Long Farming di Projek Pertanian Moden. Pemeriksaan tapak di jalankan oleh Pn. Lizawani binti Abdul Kadir dan En. Muhamad Syazwan bin Rosni Pegawai daripada Bahagian Pengurusan Sumber Tanah, Ayer Hitam bagi mengesahkan pematuhan pengusaha terhadap Amalan Pertanian Baik bagi menghasilkan produk yang selamat, berkualiti dan mampan. Ia memastikan tapak ladang tidak tercemar, selamat diusahakan dan mematuhi standard keselamatan pekerja serta alam sekitar. Turut serta Pn. Farahnaz binti Abdul Hamid Desk Officer APB dan En. Hairul Azni bin Muhadi APT Mukim Sri Gading.
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan














