𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 2.0 – 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈
Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Johor 2.0 Daerah Kulai telah berlangsung dengan Sempurna di Dewan Bandar Putra Kulai pada 6 Disember 2026. Majlis telah disempurnakan oleh 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗲𝗿𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗝𝗮𝗳𝗻𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝗱 𝗦𝗵𝘂𝗸𝗼𝗿, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.
Program ini melibatkan penerima dari tiga DUN di Daerah Kulai iaitu DUN Bukit Batu, DUN Bukit Permai dan DUN Senai, yang terdiri daripada golongan petani agro makanan di bawah inisiatif baharu Belanjawan Johor.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua warga kerja Pejabat Pertanian Daerah Kulai dan semua pihak yang telah membantu menjayakan program ini. Semoga usaha kita bersama ini terus memberi manfaat kepada komuniti petani dan memperkukuh pembangunan sektor pertanian di Kulai.




































