𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈
𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍
Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah pada 𝟲 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 (𝗞𝗵𝗮𝗺𝗶𝘀) bertempat di 𝗕𝗮𝗹𝗹𝗿𝗼𝗼𝗺 𝟭 & 𝟮, 𝗔𝗿𝗮𝘀 𝟮, 𝗛𝗼𝘁𝗲𝗹 𝗚𝗿𝗮𝗻𝗱 𝗣𝗮𝗿𝗮𝗴𝗼𝗻, 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 𝗕𝗮𝗵𝗿𝘂. Majlis ini telah disempurnakan oleh 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗭𝗮𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗦𝗮𝗿𝗶𝗽, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor.
Program tahunan ini merupakan platform penting bagi mengiktiraf hasil kreativiti dan inovasi pegawai serta kakitangan Jabatan Pertanian dalam melaksanakan tugasan harian, terutamanya yang memberi kesan langsung kepada peningkatan kecekapan dan produktiviti sektor pertanian negeri Johor.
Dalam konteks pertanian, inovasi memainkan peranan penting bagi meningkatkan daya saing industri, mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manual serta mengoptimumkan penggunaan sumber. Objektif utama sambutan ini adalah untuk menggalakkan budaya inovasi dalam kalangan pegawai pertanian, selain menggalakkan idea baharu yang boleh diaplikasikan oleh petani untuk meningkatkan hasil dan pendapatan mereka.
Selain majlis penyampaian anugerah, turut diadakan pameran inovasi yang mempamerkan pelbagai hasil ciptaan dan penambahbaikan peralatan serta teknologi pertanian. Pameran ini memberi peluang kepada peserta dan pengunjung untuk berkongsi idea serta mempelajari aplikasi inovasi yang boleh digunakan di lapangan pertanian.
Pejabat Pertanian Daerah Kulai turut berbangga kerana berjaya merangkul beberapa anugerah berprestij hasil penyertaan aktif dalam pertandingan inovasi pada tahun ini, antaranya:
𝗔𝗹𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗺𝗲𝘁𝗶𝗸 𝗞𝗼𝗽𝗶 𝗝𝗮𝗺𝗯𝘂 – 𝗣𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗘𝗺𝗮𝘀
Inovasi ini direka bagi memudahkan dan mempercepatkan proses memetik buah jambu tanpa menjejaskan kualiti buah. Alat ini mampu menjimatkan masa dan tenaga petani, selain meningkatkan kecekapan kerja di kebun.
𝗦𝗺𝗮𝗿𝘁 𝗦𝗶𝗴𝗮𝗶 – 𝗣𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗘𝗺𝗮𝘀
Sebuah tangga pintar yang ringan, mudah dipasang dan selamat digunakan semasa aktiviti pemangkasan pokok, khususnya pokok durian. Reka bentuk ergonomik ini menjadikan kerja di ladang lebih efisien dan mengurangkan risiko kemalangan.
𝗘𝗭 𝗧𝗿𝗮𝘆 – 𝗣𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸
Alat ini membantu mempercepatkan aktiviti penyemaian benih tanaman dengan lebih teratur dan konsisten. Ia bukan sahaja menjimatkan masa, malah memudahkan pengurusan semaian di peringkat awal tanaman.
𝗦𝗺𝗮𝗿𝘁 𝗦𝗵𝗼𝘃𝗲𝗹 𝗦𝗲𝗿𝗯𝗮𝗴𝘂𝗻𝗮 – 𝗣𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗚𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮
Satu alat dengan dua fungsi utama yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti pertanian seperti menggali dan mencangkul. Inovasi ini meningkatkan kecekapan kerja di ladang dan mengurangkan keperluan membawa banyak peralatan.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 𝗛𝗷. 𝗠𝗮𝘇𝗹𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗲𝗱 𝗦𝗮𝗹𝗹𝗲𝗵, Ketua Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Pejabat Pertanian Daerah Kulai, atas kejayaan beliau menerajui kumpulan KIK sehingga berjaya meraih 𝗻𝗮𝗶𝗯 𝗷𝗼𝗵𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗜𝗞 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮. Lebih membanggakan, pada majlis Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2025 ini, Kumpulan KIK Pejabat Pertanian Daerah Kulai sekali lagi menerima 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗞𝗵𝗮𝘀 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿.
Pejabat Pertanian Daerah Kulai mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang telah menunjukkan semangat serta komitmen tinggi dalam menghasilkan inovasi yang kreatif dan praktikal.
Harapan kami warga jabatan adalah agar setiap inovasi yang dihasilkan bukan sekadar menjadi projek pertandingan, tetapi terus digunakan oleh petani dan pengusaha pertanian di lapangan. Melalui semangat inovasi berterusan, sektor pertanian Johor diyakini mampu terus berkembang seiring dengan arus teknologi moden.
.
.
.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan





















