PEJABAT PERTANIAN DAERAH BATU PAHAT
LAWATAN KETUA PENGARAH PERTANIAN MALAYSIA KE LATAR KOPI LIBERICA & BAHAGIAN TEKNIKAL SEMPENA KARNIVAL AGRO JOHOR TAHUN 2025
Tarikh : 26, Oktober 2025 Ahad
Lokasi : Padang Kawad UTHM
Dato’ Nor Sam binti Alwi Ketua Pengarah Pertanian Malaysia meluangkan masa untuk melawat latar kopi & booth teknikal Jabatan Pertanian Negeri Johor sempena Karnival Agro Johor Tahun 2025. Lawatan turut diiringi oleh Timbalan KSU, Pengarah Pertanian Negeri Johor, Timbalan Pengarah Pertanian Operasi, Pegawai Pertanian Daerah Batu Pahat dan Pegawai Pertanian Daerah Kluang.






















































