PEJABAT PERTANIAN DAERAH BATU PAHAT

BOOTH PAMERAN LATAR KOPI DAN BAHAGIAN TEKNIKAL SEMPENA KARNIVAL AGRO JOHOR TAHUN 2025

Tarikh : 24 – 26 Oktober 2025

Hari : Jumaat – Ahad

Lokasi : Padang Kawad UTHM, Batu Pahat

Selama 3 hari bermula 24 – 26.10. 2025 telah berlangsung Karnival Agro Johor di Padang Kawad UTHM, Batu Pahat. Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat bergabung bersama Pejabat Pertanian Daerah Kluang membuat dekorasi booth Latar Kopi dengan konsep Kopi Liberica. Terdapat pokok kopi, photobooth, pelbagai mesin kopi, info tanaman kopi, produk berasaskan kopi serta terdapat jualan minuman kopi yang diusahakan oleh Wachaa Coffee.

Manakala Bahagian Teknikal pula yang terdiri daripada Bahagian Pengurusan Sumber Tanah, Ayer Hitam, Bahagian Biosekuriti Tanaman dan Bahagian Baja & Racun Johor Bahru. Terdapat info mengenai penyakit & perosak, IPM serta musuh tanaman, siri-siri tanah serta pelbagai info mengenai racun perosak disediakan.

Terima kasih diucapkan atas kerjasama semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung.

#pertaniandaerahbatupahat

#pertaniandaerahkluang

#karnivalagrojohor2025

#JabatanPertanianNegeriJohor

#MajuJohor

#agroJohor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *