𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈 𝐊𝐄 𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐌𝐏𝐑𝐎𝐒𝐄𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆𝐊𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐘𝐔𝐑 𝐋𝐈𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐄 𝐇𝐔𝐀𝐓 𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐏𝐑𝐈𝐒𝐄 (𝐌) 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃.

Pada 23 Oktober 2025, Pegawai Pertanian Daerah Kulai, 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗮𝘇𝗹𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗲𝗱 𝗦𝗮𝗹𝗹𝗲𝗵 telah mengadakan lawatan kerja ke Kilang Pemprosesan dan Pembungkusan Sayur 𝗟𝗶𝗮𝗻 𝗛𝗼𝗲 𝗛𝘂𝗮𝘁 𝗘𝗻𝘁𝗲𝗿𝗽𝗿𝗶𝘀𝗲 (𝗠) 𝗦𝗱𝗻. 𝗕𝗵𝗱., yang terletak di Daerah Kulai.

Syarikat ini merupakan antara pengusaha tempatan yang aktif dalam membekalkan sayur-sayuran yang siap diproses dan dipotong kepada kedai makan, pasar raya serta peruncit di sekitar Daerah Kulai, Johor Bahru dan juga Singapura. Melalui operasi pemprosesan yang tersusun dan sistem pembungkusan yang bersih serta efisien, syarikat ini membantu memastikan bekalan sayur segar dapat dihantar kepada pengguna dengan cepat dan berkualiti.

Selain itu, pihak syarikat turut membuka peluang kerjasama kepada para pengusaha tani tempatan untuk membekalkan hasil tanaman mereka bagi memenuhi keperluan pasaran yang semakin meningkat.

Diharapkan lawatan kerja ini dapat mengukuhkan jaringan kerjasama antara Pejabat Pertanian Daerah Kulai dan pihak industri, sekali gus memberi peluang kepada para petani untuk memasarkan hasil tanaman mereka pada harga yang kompetitif serta berdaya saing.

.

.

.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Mohamad Sabu

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *