PEJABAT PERTANIAN DAERAH BATU PAHAT
PERSIAPAN BOOTH PAMERAN JABATAN PERTANIAN NEGERI JOHOR SEMPENA KARNIVAL AGRO JOHOR 2025
Tarikh : 23 Oktober 2025 Khamis
Lokasi : Padang Kawad, UTHM, Batu Pahat
Pegawai Terlibat :
Warga kerja Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat
Warga kerja Pejabat Pertanian Daerah Kluang
Karnival Agro Johor akan berlangsung pada 24 hingga 26 Oktober 2025 yang diadakan di Padang Kawad UTHM. Warga kerja Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat dan warga kerja Pejabat Pertanian Daerah Kluang Bersama-sama bergabung tenaga untuk menyiapkan booth pameran yang bertemakan KOPI. Terdapat pelbagai mesin kopi, pokok kopi, kopi jambu, produk kopi dan sebagainya.
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan














