๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
.
.
.
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ฅ๐๐๐๐ก ๐๐๐ก๐ง๐จ๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐ ๐๐ข๐๐ข๐ฅ
๐๐๐ก๐ง๐จ๐๐ก ๐ง๐จ๐ก๐๐ โ๐ข๐ก๐ ๐ข๐๐โ – ๐ฃ๐๐ง๐๐ก๐ ๐๐จ๐ก ๐ฃ๐๐ก๐ง๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
.
.
.
14 Oktober 2025 (Selasa)
Dewan Semerah Padi, Kampung Lukut, Kota Tinggi
.
.
Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Johor bagi petani DUN Panti Tahun 2025 telah diadakan di Dewan Semerah Padi, Kampung Lukut, Kota Tinggi pada 14 Oktober 2025.
.
.
Seramai 529 penerima telah menerima Bantuan Tunai โOne Offโ daripada Kerajaan Negeri Johor sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan petani yang terlibat dalam sektor pertanian.
.
.
Penyampaian Bantuan telah disempurnakan oleh YB Tuan Hahasrin Bin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti. Turut mengiringi beliau ialah Encik Mohd Hafizh Bin Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi.
.
.
Dalam ucapannya, YB Tuan Hahasrin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Johor dan Jabatan Pertanian atas inisiatif murni ini yang membantu meringankan beban para petani. Beliau turut menyeru agar semua penerima memanfaatkan bantuan tersebut sebaiknya bagi meningkatkan hasil dan pendapatan pertanian masing-masing.
.
.
Program ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh sektor pertanian serta memastikan kesejahteraan rakyat, khususnya golongan petani di DUN Panti terus terpelihara.
—
โPertanian Asas Keterjaminan Makanan Negeri Johorโ
Terima Kasih Kerajaan Negeri Johor!
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan






























