𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈
.
.
.
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥
𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗡𝗔𝗜 “𝗢𝗡𝗘 𝗢𝗙𝗙” – 𝗣𝗘𝗧𝗔𝗡𝗜 𝗗𝗨𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗧𝗜 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱
.
.
.
14 Oktober 2025 (Selasa)
Dewan Semerah Padi, Kampung Lukut, Kota Tinggi
.
.
Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Johor bagi petani DUN Panti Tahun 2025 telah diadakan di Dewan Semerah Padi, Kampung Lukut, Kota Tinggi pada 14 Oktober 2025.
.
.
Seramai 529 penerima telah menerima Bantuan Tunai “One Off” daripada Kerajaan Negeri Johor sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan petani yang terlibat dalam sektor pertanian.
.
.
Penyampaian Bantuan telah disempurnakan oleh YB Tuan Hahasrin Bin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti. Turut mengiringi beliau ialah Encik Mohd Hafizh Bin Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi.
.
.
Dalam ucapannya, YB Tuan Hahasrin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Johor dan Jabatan Pertanian atas inisiatif murni ini yang membantu meringankan beban para petani. Beliau turut menyeru agar semua penerima memanfaatkan bantuan tersebut sebaiknya bagi meningkatkan hasil dan pendapatan pertanian masing-masing.
.
.
Program ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh sektor pertanian serta memastikan kesejahteraan rakyat, khususnya golongan petani di DUN Panti terus terpelihara.
—
“Pertanian Asas Keterjaminan Makanan Negeri Johor”
Terima Kasih Kerajaan Negeri Johor!
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan






























![]()
