PEJABAT PERTANIAN DAERAH BATU PAHAT

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN ONE-OFF PETANI AGRO MAKANAN SEMPENA INISIATIF BAHARU BELANJAWAN 2025 DUN PARIT RAJA

Tarikh : 13 Oktober 2025 Isnin

Penerima : Petani Agro Makanan

Lokasi : Pejabat Pertanian Parit Raja

Perasmi :

Yang Berhormat Puan Hajah Nor Rashidab binti Ramli

ADUN Parit Raja

Pada pagi ini telah diadakan sesi Taklimat Insentif Projek Pembangunan Jabatan Pertanian Negeri yang telah disampaikan oleh Puan Farahnaz binti Abdul Hamid Ketua Unit Pemasaran, Perundingan dan Pelaburan Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat. Selain itu soalan kuiz juga turut diadakan. Para penenang yang berjaya menjawab soalan dengan betul telah diberikan cenderahati berupa anak pokok musang king atau duri hitam. Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Nor Rashidah binti Ramli ADUN Parit Raja dan turut menyampaikan inisiatif bantuan One-Off kepada penerima yang terpilih.

Terima kasih diucapkan kepada YB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi Menteri Besar Johor dan Kerjaan Negeri Johor atas inisiatif yang diberikan. Semoga Negeri Johor terus maju dan makmur. MAJU JOHOR.

#pertaniandaerahbatupahat

#JabatanPertanianNegeriJohor

#jabatanpertanianmalaysia

#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan

#myDOA

#MajuJohor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *