PEJABAT PERTANIAN DAERAH BATU PAHAT
Tarikh : 7 Oktober 2025 Selasa
LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK PEMBANGUNAN IAT & PENYERAHAN PAPAN TANDA IAT
Usahawan : Radin Syazana binti Radin Ahmad Afendi
Nama Syarikat : D Sanjung Sdn. Bhd.
Lokasi : Kompleks IKS Parit Raja
Produk : Pelbagai Jenis Pau Sejuk Beku.
Syarikat D Sanjung Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang mengusahakan pelbagai jenis pau sejuk beku. Antara pau yang dihasilkan ialah pau bersaiz besar dan mini pau dengan pelbagai inti seperti pau daging, pau ayam,, pau sambal ikan bilis, pau coklat, pau kaya dan lain – lain. Syarikat juga mempunyai agen yang menjual pau panas di banyak lokasi termasuk di hentian rehat RNR. Pengguna juga boleh mendapatkan pau terus di kilang, melalui agen juga boleh dibeli secara online.
Pegawai Terlibat :
Pn. Harziana binti Md Kharamani
Ketua Bahagian IAT
Pn. Nur Liya binti Idrus
APIAT Batu Pahat
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan







