PEJABAT PERTANIAN DAERAH BATU PAHAT
Tarikh : 3 Oktober 2025 Jumaat
LAWATAN SIASATAN DAN PEMANTAUAN PENDAWAIAN ELEKTRIK DAN STRUKTUR BANGUNAN 3P
Usahawan : Pn. Suriah binti Abdullah
Lokasi : Kg Kenangan Dato’ Onn, Batu Pahat
Produk : Sambal Ikan Tenggiri
Pegawai dari Bahagian Kejuruteraan Pertanian Ayer Hitam telah membuat pemantauan dan pemeriksaan bangunan 3 P yang terletak di Kg Kenangan Dato’ Onn bagi memastikan sistem pendawaian elektrik di bangunan tersebut berada dalam keadaan baik serta selamat untuk diduduki. Pn. Suriah binti Abdullah menduduki bangunan tersebut untuk memproses serta menghasilkan produk ikan tenggiri.
Pegawai Terlibat :
Pn. Harziana binti Md Kharamani
Ketua Bahagian IAT
Pn. Zetti Azni binti Ayub
APIAT Batu Pahat
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan










