LAWATAN PROJEK TANAMAN & AGROPELANCONGAN | SEMPENA SEMINAR KOPI DAN KELAPA
Jabatan Pertanian Negeri Johor berbesar hati menerima kunjungan dari Jabatan Pertanian Negeri Sembilan yang diketuai oleh Tuan Hisyam bin Yacob, Pengarah Pertanian Negeri Sembilan, sempena Seminar Kopi dan Kelapa yang akan berlangsung pada:
Tarikh: 29 September 2025 – 1 Oktober 2025
Lokasi Seminar: Hotel Katheria, Batu Pahat, Johor
Sebagai pengisian program, peserta seminar akan menyertai Lawatan Projek Tanaman & Agropelancongan bagi melihat kejayaan projek-projek bimbingan usahawan tani oleh Jabatan Pertanian Negeri Johor dalam bidang industri kopi dan kelapa.
Seramai 40 orang usahawan kopi dan kelapa di bawah bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan
Jadual Lawatan | 1 Oktober 2025
9.00 pagi – 11.00 pagi
My Liberica Coffee Plantation & Processing Mill,
Kampung Batu Nyamok, Simpang Renggam, Johor
1.00 tengah hari – 3.00 petang
Pusat Pertanian Parit Botak,
Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Parit Botak, Senggarang, Batu Pahat, Johor
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta seminar mengenai peluang dalam Industri Asas Tani serta Agropelancongan, yang mampu meningkatkan pendapatan dan ekonomi komuniti pertanian melalui pendekatan yang lebih bersepadu dan berimpak tinggi.
Terima kasih atas sokongan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini!
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan






































