RM114 Juta Buat Sektor Agro Di Johor.

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah yang maha pemberi rezki dan rahmat seluruh alam. Buat tahun hadapan, belanjawan yang telah dibentangkan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi memperuntukkan sebanyak RM 114 Juta. Usaha ini adalah satu penghargaan yang besar dari Kerajaan Negeri Johor.

Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor di bawah pimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi yang sentiasa menyantuni sektor agrotanaman khususnya di negeri Johor dengan pembentangan budget tahun 2026 yang menitikberatkan pembangunan teknologi dan mekanisasi serta perlaksanaan agrotanaman yang lebih stabil demi memastikan keterjaminan makanan dalam negeri Johor.

Juga ucapan terima kasih buat YB Dato’ Zahari Sarip yang sentiasa berhempas pulas menjaga sektor pertanian, industri asas tani dan kemajuan luar bandar di dalam negeri Johor yang memastikan industri agro ini tidak diketepikan dan terus maju seterusnya menjaga “tulang belakang” sektor agrotanaman ini agar berkembang dan berjaya dimasa akan datang dalam penghasilan yang dapat dikecapi oleh setiap bangsa Johor khususnya serta warga negara amnya.

Tulus ikhlas dari :
Tuan Haji Yosri bin Mohd
Pengarah Pertanian Negeri Johor
Serta seluruh warga kerja
Jabatan Pertanian Negeri Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *