KOTA ISKANDAR, 24 Julai 2025 – SESI ‘CLOCK-OUT’ PUAN NORHAFIZAH BINTI OSMAN DI JABATAN PERTANIAN NEGERI JOHOR

Sesi ‘click-out’ bagi Puan Norhafizah binti Osman, Setiausaha Pejabat di Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Negeri Johor yang bertukar ke Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan) berkuatkuasa mulai 21 Julai 2025. Beliau telah memohon penangguhan di pejabat tersebut dan akan mula bekerja sepenuhnya mulai 28 Julai 2025.

Hadir bersama Pengarah Pertanian Negeri Johor, Tuan Haji Yosri bin Mohd dan Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi), Encik Mohd Suffian Aizudin bin Mohd Saleh serta warga kerja Jabatan Pertanian Negeri Johor bagi mengiringi Puan Norhafizah di sesi ‘clock-out’ ini.

Serba sedikit mengenai perkhidmatan beliau di jabatan ini, beliau mula berkhidmat di Jabatan Pertanian Negeri Johor pada 3 Oktober 2021 dan telah menguruskan dua orang Pengarah iaitu Tuan Haji Alang Mad Daud bin Dawan dan yang terkini Tuan Haji Yosri bin Mohd.

Sepanjang berkhidmat di Jabatan Pertanian Negeri Johor selama 3 tahun 9 bulan, beliau telah menabur bakti dengan penuh berkaliber dan berdedikasi dengan tanggungjawab yang diberikan dalam melaksanakan tugas.

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan atas jasa dan khidmat bakti yang telah diberikan selama ini. Semoga Puan Norhafizah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dalam lindungan Rahmat Allah S.W.T.

Sungguh manis buah rambutan,

Enak dimakan perlahan lahan,

Bila ada sebuah pertemuan,

Pasti datang sebuah perpisahan.

Lipat sirih di tapak tangan,

Letak sekapur dalam dupa,

Budi yang baik jadi kenangan,

Budi puan kami tak lupa.

Tuai padi antara masak

Esok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan.

Santap sarapan di atas meja,

Santapan bersama dengan sahabat,

Bertahun kita bersama kerja,

Hari ini kita berpisah tempat.

Selamat maju jaya diucapkan. Teruskan kecemerlangan.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *