PEJABAT PERTANIAN DAERAH BATU PAHAT
LAWATAN PEMERIKSAAN TAPAK myGAP TAHUN 2025
Usahawantani :
Kia Shing Exporters & Importers
Jenis Projek / Tanaman :
Cili Besar
Lokasi :
Kangkar Senangar, Batu Pahat
Auditor :
En. Saiful bin Sabri
Penolong Pegawai Pertanian G 5
Bahagian Pengurusan Sumber Ayer Hitam
Pegawai Terlibat :
Farahnaz binti Abdul Hamid
Penolong Pegawai Pertanian G 6
APT Muhamad Fakhrul Akmal bin Surif
Mukim Peserai / Simpang Kanan
Tujuan :
Pemeriksaan tapak myGAP dijalankan untuk menilai samada pengusaha pertanian mematuhi piawaian Amalan Pertanian Baik ( myGAP) yang ditetapkan.
Pemeriksaan tapak ini dijalankan oleh Unit Bahagian Pengurusan Sumber Tanah. Sekiranya pemeriksaan tapak lulus, pegawai pembimbing boleh menjalankan audit dalam dan mengambil sampel hasil untuk tujuan Analisis Maximum Residue Level ( MRL), Logam Berat dan Mikrob.
Sekiranya pemeriksaan tapak gagal, Bahagian Pengurusan Sumber Tanah akan mengemukakan laporan ketidakakuran dan tindakan pembetulan kepada pengusaha. Pengusaha perlu melakukan tindakan pembetulan mengikut tempoh yang diberikan dan pegawai pembimbing perlu membuat bimbingan bagi membantu pengusaha memenuhi kriteria pemeriksaan tapak. Pemeriksaan tapak akan dilakukan semula selepas semua tindakan pembetulan dibuat.
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan















![]()
