PEJABAT PERTANIAN DAERAH BATU PAHAT
LAWATAN AUDIT LUAR myGAP
No. myGAP 25.2203
Usahawantani :
Ismail bin Rahmat
Jenis Projek / Tanaman :
Sayur – Sayuran Daun seperti Kesum, Pucuk Asam, Cekur, Asam Manis, Kangkung
Lokasi :
Lot 1346 Kg Tambak, Sg Kelambu, Peserai
Auditor :
En. Hazri bin Wagiman
Penolong Pegawai Pertanian G 6
Bahagian Kawalan Kualiti Ayer Hitam
En. Mohd Fuad bin Satibi
Penolong Pegawai Pertanian G 5
Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman Ayer Hitam
Pegawai Terlibat :
Pn. Farahnaz binti Abdul Hamid
Penolong Pegawai Pertanian G 6
En. Mohd Hafiz bin Hamim
Penolong Pegawai Pertanian G 5
APT Muhamad Fakhrul Akmal bin Surif
Mukim Peserai & Simpang Kanan
Tujuan :
Audit Luar myGAP dijalankan untuk menilai samada pengusaha pertanian mematuhi piawaian Amalan Pertanian Baik ( myGAP) yang ditetapkan.
Audit ini dijalankan oleh pegawai yang dilantik untuk memastikan pengusaha pertanian mematuhi semua kriteria dan standard yamg terkandung dalam piawaian myGAP termasuk aspek pengurusan tanah, penggunaan input pertanian, pengurusan sisa, keselamatan makanan dan lain – lain dalam melaksanakan Amalan Pertanian Baik dan layak untuk mendapatkan Pensijilan myGAP.
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan






![]()
