Hari ini saya berkesempatan menyertai sebahagian program Jelajah Orang Johor JOJ DUN Semarang. Antara pengisian program yang sempat dirakam adalah lawatan ke Lembah Gambut Semarang.

Lembah Gambut Semarang adalah satu kawasan tanah gambut seluar 157 ekar yang diusahakan oleh 27 pengusaha dengan bimbingan Jabatan Pertanian dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia LPNM Negeri Johor. Antara tanaman yang dijalankan di sini termasuk tanaman nanas, pisang, markisa serta pelbagai jenis sayur-sayuran.

Saya sambut baik apa yang dilakukan di sini kerana ia bermula dengan kawasan tanah gambut yang terbiar, kini penuh dengan tanaman yang memberi pulangan yang lumayan kepada pengusaha. Tahniah YB Datuk Samsol Bari ADUN Semarang yang menjadi tulang belakang kejayaan Program Lembah Gambut Semarang. Hadir sama Pengarah LPNM Negeri Johor, Pegawai Pertanian Daerah Batu Pahat, Pegawai2 jabatan peringkat daerah serta pemimpin2 masyarakat setempat

#majujohor

#jelajahorangjohor

#pertaniansatuperniagaan

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Imbasan Berita