BENGKEL PENYELARASAN KETERLIBATAN SEKTOR KETERJAMINAN MAKANAN NEGERI JOHOR DI DALAM INISIATIF ZON EKONOMI KHAS JOHOR-SINGAPURA (JS-SEZ)
Satu bengkel yang melibatkan 19 agensi yang terdiri dari sektor Kerajaan Negeri, Persekutuan serta agensi-agensi lain telah di adakan di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram, Johor Bahru bermula 24 sehingga 26 Jun 2025 (Selasa – Khamis) yang lalu.
Bengkel ini bertujuan bagi memberi peluang setiap agensi merencanakan dan memartabatkan sektor keterjaminan makanan ke aras yang lebih tinggi, signifikan dengan kemajuan pembangunan masa kini khususnya dalam meneroka peluang pelaburan di dalam wilayah JS-SEZ.
Objektif utama bengkel ini ialah untuk memperincikan dan menyenaraikan projek baharu sektor keterjaminan makanan serta memperjelaskan juga menghebahkan insentif yang tersedia di dalam Inisiatif JS-SEZ
Tujuan utama penglibatan Sektor Keterjaminan Makanan di dalam pembangunan wilayah JS-SEZ adalah pertamanya untuk melindungi mereka yang terlibat di dalam industri keterjaminan makanan di daerah Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi dan keduanya ialah membuka peluang dan ruang bagi menarik minat pelabur untuk melabur di dalam wilayah ini.
Bengkel selama 3 hari ini telah dibuka dengan ucaptama dari Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan), Encik Mohd Hafiz bin Ramly sebagai wakil rasmi Pengarah Pertanian Negeri Johor dengan diiringi Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi), Encik Mohd Suffian Aizudin bin Mohd Saleh.
Dengan perlaksaan bengkel ini ianya dapat memberi satu implikasi yang besar dalam misi meneroka peluang pelaburan di dalam wilayah JS-SEZ di masa-masa akan datang demi meningkatkan ekonomi khususnya serta dapat menaikkan lagi sektor keterjaminan makanan amnya di negeri Johor.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor
#doajohor#pertanianjohor#MajuJohor#MediaDigitalJohor#mydoa_hq











![]()
