Sorotan Dari Program Selamat Pagi Malaysia (RTM)
9 FEB 2025 – SPM – BINGKISAN JOHOR : PETANI OKU TERUS DIPERKASA
En. Muhammad Fatehudin bin Raban seorang usahawan tani dari Batu Pahat yang mengusahakan bidang pertanian di Pt kadir, Senggarang Batu Pahat.
Usahawan tani bimbingan Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat ini membuka mata bagi setiap insan agar tidak terus berputus asa dengan kehidupan walaupun ditimpa ujian.
Ini memberi sumber inspirasi buat kepada kita untuk terus berusaha membangunkan diri dan tidak memandang kepada kisah kehidupan yang lalu.
Tahniah buat En. Muhammad Fatehudin bin Raban atas usaha beliau menceburi bidang pertanian bagi merealisasikan keterjaminan makanan dalam negeri Johor khususnya dan di dalam negara Malaysia amnya.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat
