Tarikh : 27 – 28 November 2023

Tempat : Hotel Granada Bukit Indah, Johor Bahru

Objektif kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk :

i. Mewujudkan interaksi positif dalam membentuk semangat kerja secara kolaborasi.

ii. Meningkatkan motivasi melalui pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan.

iii. Membolehkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas.

iv. Kemahiran berinteraksi, membina hubungan baik, dan bekerja secara efektif dengan orang lain untuk mencapai objektif yang sama.

v. Membangunkan nilai yang berkaitan dengan moral, etika dan sikap yang positif serta kerohanian yang tinggi.

Kursus ini dikelolakan oleh Syarikat Anqiara Official yang telah dihadiri seramai 67 orang pegawai dari Pejabat Pertanian Daerah, Pusat Pertanian Ayer Hitam dan Cawangan Teknikal.

Ucaptama penutupan Kursus Pengurusan, Kepimpinan dan Kemahiran Berpasukan telah disampaikan oleh Encik Mohd Hafiz bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian Pembangunan Negeri Johor.

Urusetia :

Bahagian Pengembangan

Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *