Tarikh : 07 November 2023 (Selasa)
Tempat : Trove Hotel, Johor Bahru
Perasmian oleh : Yang Berhormat Dato’ Zahari Bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani & Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor
Seminar Agroyouth 2023 Jabatan Pertanian Negeri Johor adalah program yang julung kali diadakan dan telah berlangsung dengan jayanya. Seminar ini disertai oleh 100 Belia Tani dari seluruh daerah di Negeri Johor.
Seminar Agroyouth 2023 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Zahari Bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani & Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor. Melalui seminar ini juga, Yang Berhormat Dato’ Zahari Bin Sarip telah menyampaikan Geran Agropreneur Muda & Insentif Projek Pembangunan Jabatan Pertanian Negeri Johor kepada Belia Tahun 2023 dengan kira-kira 1,995 Belia Tani Negeri Johor menerima manfaat dengan nilai sebanyak RM6.2 Juta.
Objektif Utama Seminar Agroyouth 2023 ini diadakan ialah :
1) Memberi pendedahan kepada peserta berhubung Ilmu & Rancangan Keusahawanan menggunakan kaedah Business Model Canva Mampan
2) Memberi pendedahan kepada peserta berkaitan insentif dan program kepada belia yang disediakan oleh Kerajaan Negeri & Persekutuan (melalui Jabatan Pertanian)
3) Menyediakan platform kepada belia untuk menyuarakan aspirasi serta idea mereka bagi meningkatkan bidang Pertanian dan Industri Asas Tani terutama di Negeri Johor





![]()
