22 Julai 2023 | Perasmian Program Karnival Agro Johor Tahun 2023 Daerah Muar

Karnival Agro Johor Tahun 2023 Daerah Muar telah membuka tirai bermula 21 Julai 2023 dan berakhir pada 23 Julai 2023 bertempat di Dataran Tanjung Emas, Muar Johor. Karnival ini mempamerkan jabatan-jabatan dan agensi dibawah portfolio Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar.

Program ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor. Turut mengiringi, YB Dato’ Zahari Bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Tuan Haji Hasrin Bin Kamal, Pegawai Daerah Muar, Tuan Haji Yosri Bin Mohd, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Johor serta ketua-ketua jabatan dan agensi dibawah portfolio Pertanian, Industri Asas Tani Dan Kemajuan Luar Bandar.

YAB Menteri Besar Johor menyampaikan Insentif Pembangunan Sektor Tanaman Dan Industri Asas Tani Negeri Johor Tahun 2023 dan Projek Bantuan Bencana Agromakanan (Industri Asas Tani) bagi mereka yang terlibat dalam bencana banjir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *