Alhamdulillah, kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya kita dapat memasuki fasa baru hijrah iaitu tahun baru 1445H.
Dengan kedatangan tahun baru hijrah ini juga marilah sama-sama kita merapatkan saf dan berazam berhijrah ke arah yang lebih baik tahun ini.
Hijrah itu pengorbanan iaitu mengorbankan kehendak hawa nafsu yang tidak bertepi. Hijrah itu perjuangan iaitu mujahadah meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
Bersempena dengan peristiwa Hijrah, kami ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1445H dan marilah kita bersama-sama meningkatkan taqwa kepada Allah S.W.T dengan melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya, InsyaAllah.
Ikhlas Dari ;
Haji Yosri bin Mohd
Pengarah Pertanian Negeri Johor
Serta Seluruh Warga Kerja
Jabatan Pertanian Negeri Johor
