JOHOR BAHRU | 18 Julai 2023 – Sessi lawatan dan perjumpaan antara Jabatan Pertanian Negeri Johor bersama syarikat penyedia `Internet of Things’ (IoT) pertanian iaitu Syarikat Thinker Space (M) Sdn Bhd telah diadakan di pejabatnya di Taman Pulai Perdana, Skudai, Johor. Antara wakil jabatan yang hadir ialah Pengarah Pertanian Negeri Johor iaitu Tuan Hj. Yosri bin Mohd dan disertai oleh Encik Mohd Suffian Aizuddin bin Mohd Saleh (Timbalan Pengarah Bahagian Operasi), Encik Rosdin bin Kimin (KB BPIT), Puan Natasya binti Mohamad Tabor (KB BPST) serta beberapa orang wakil pegawai dari jabatan pertanian negeri Johor.

Sementara di pihak syarikat Thinker Space (M) Sdn Bhd pula telah diwakili oleh Encik Mohd Ridzuan bin Johary selaku Pengurus syarikat, Dr. Shukri (UTM) yang merupakan rakan kongsi syarikat dalam membangunkan teknologi IoT sektor pertanian dan beberapa orang kakitangan syarikat. Perjumpaan ini adalah bagi membincangkan teknologi berkaitan IoT di bidang pertanian yang boleh dimanfaatkan bersama oleh kedua-dua pihak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *