17 Jun 2023 (Sabtu)

Majlis pelancaran klon kopi baharu liberica. Pihak MARDI telah melancarkan 3 jenis klon kopi baharu serta turut melancarkan inovasi pengeluaran bahan tanaman kopi liberica secara keratan.

3 jenis klon baharu ialah MKL 8, MKL 9 dan MKL 10. ketiga-tiga klon ini sesuai disyorkan kepada petani yang mengusahakan tanaman kopi agar dapat meningkat hasil pengeluaran dan dapat menjana pendapatan mereka.

perasmi:

yang berhormat Tuan Chan Foong Hin

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan

lokasi: pejabat MARDI kluang

Di majlis ini juga yang berhormat Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan turut menyampaikan benih kopi MKL yng baru kepada Tuan Haji Yosri Bin Mohd Pengarah Pertanian Negeri Johor.

Majlis ini turut dihadiri oleh:-

1. Yang berhormat Tuan Lee Ting Han

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal ehwal pengguna negeri Johor

2. Dr Azman bin Ismail

pengerusi lembaga pengelola MARDI

3. Dato Dr Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani

ketua pengarah MARDI

4.En. Mazlan bin Othman

Setiausaha Bahagian Sekuriti Makanan, KPKM

5. Tuan Haji Yosri bin Mohd

Pengarah Pertanian negeri

Jabatan Pertanian Negeri Johor

6. En. Mohd Hafiz bin Ramly

Timbalan Pengarah Pembangunan

Jabatan Pertanian Negeri Johor

7. En. Rosdin bin Kimin

Penolong Pengarah

Jabatan Pertanian Negeri Johor

8. Pn. Azlina binti Md Dom

Pegawai Pertanian Daerah Kluang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *