13 June 2023
KOTA ISKANDAR : Tuan Haji Nasri bin Md. Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah berkunjung ke Jabatan Pertanian Negeri Johor bagi mengadakan pertemuan dengan Tuan Haji Yosri bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor.
Kunjungan ini turut disertai juga bersama Puan Muffidah binti Mohamad, Pegawai Pertanian Daerah Batu Pahat bagi membincangkan perancangan yang akan dilakukan sempena Kembara Mahkota Johor 2023 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Perbincangan ini telah berlangsung lebih 1 jam di bilik Pengarah Pertanian Negeri Johor, demi mendapatkan keputusan yang sepakat dalam persiapan yang bakal disediakan untuk program KMJ tahun ini.
Kerjasama dari kedua-dua agensi ini amat diharapkan bagi merealisasikan visi dan misi dalam perkhidmatan pertanian kursusnya di negeri Johor dan untuk bangsa Johor amnya.
