14 Mei 2023
Majlis Amanat Pengarah Pertanian Negeri Johor & Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1444H / 2023 M telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Besar Projek Pertanian Moden, Kluang, Johor.
Majlis ini dihadiri oleh semua kakitangan Jabatan Pertanian Negeri Johor termasuk pegawai-pegawai daripada unit teknikal.
Pengarah Pertanian Negeri Johor, Tn Hj Yosri Bin Mohd menyampaikan amanat beliau kepada kakitangan Jabatan Pertanian Negeri Johor. Beliau menyeru semua kakitangan agar menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan baik dan berintegriti.
Selepas amanat daripada Tuan Pengarah, beliau bersama semua kakitangan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan menikmati juadah pelbagai jenis yang disediakan oleh semua Pejabat Pertanian Daerah dan Pusat Pertanian Ayer Hitam. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga kita dapat mengambil iktibar dan nasihat daripada amanat Tuan Pengarah untuk lebih bersemangat dalam menjalankan tugas.
