𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈
.
.
.
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 – 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗡𝗔𝗜 “𝗢𝗡𝗘 𝗢𝗙𝗙” 𝗣𝗘𝗧𝗔𝗡𝗜 𝗗𝗨𝗡 𝗧𝗔𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱
.
.
.
12 Oktober 2025 (Ahad)
Dewan Muafakat, Taman Bayu Damai, Kota Tinggi
.
.
Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Johor – Bantuan Tunai “One Off” bagi Petani DUN Tanjung Surat Tahun 2025 telah diadakan pada 12 Oktober 2025 bertempat di Dewan Muafakat, Taman Bayu Damai, Kota Tinggi.
.
.
Seramai 345 penerima terdiri daripada golongan petani telah menerima bantuan tunai berkenaan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Johor dalam membantu meringankan beban kos sara hidup serta menyokong kelangsungan sektor pertanian di peringkat akar umbi.
.
.
Penyampaian bantuan telah disempurnakan oleh YB Tuan Aznan Bin Tamin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan & Penerangan Negeri Johor.
Turut hadir mengiringi ialah Encik Mohd Hafizh Bin Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi.
—
Program ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Johor dalam memastikan kebajikan petani sentiasa diberi perhatian dan dihargai.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan




























![]()
