8 Januari 2023 | Perhimpunan Pagi & Amanat Pengarah Pertanian Negeri Jabatan Pertanian Negeri Johor

Majlis Perhimpunan Pagi Jabatan Pertanian Negeri Johor diadakan di Bilik Mesyuarat Camelia, Jabatan Pertanian Negeri Johor diisi dengan amanat yang disampaikan oleh Tn Hj Yosri Bin Mohd, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Johor.

Selain itu, Lafaz Ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972 yang diketuai oleh En Mohd Hafiz Bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) disaksikan oleh Pengarah Pertanian Negeri johor.

Turut diraikan pegawai yang berpindah iaitu :

1) Puan Farhana Hafizah Bt Hamdan Mustafa

berpindah ke Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Ayer Hitam bermula 1/1/2023

2) Puan Adila Bt Razali

berpindah ke Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru bermula 1/12/2022

Semoga pegawai yang berpindah akan terus cemerlang di tempat yang baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *