Tarikh : 8 – 10 November 2022
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Camellia, Jabatan Pertanian Negeri Johor
Pengauditan kepada kepatuhan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 Perkhidmatan Pengembangan Pertanian (PPP) Jabatan Pertanian Negeri Johor, Semua Pejabat Pertanian Daerah dan PLPP Wilayah Selatan.
Ucapan pembukaan Pengauditan telah diadakan pada 10 November 2022 di Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Negeri Johor oleh Pengarah Pertanian Negeri Johor, Tuan Haji Yosri bin Mohd. Turut hadir sama Encik Mohd Hafiz bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan), Pengarah PLPP Wilayah Selatan, semua Pegawai Pertanian Daerah, Semua Ketua Bahagian Ibu Pejabat dan Semua Pegawai Pemantau Negeri.
Penghargaan kepada Juruaudit yang dilantik iaitu
- En. Muhamad Afiq bin Mohd Tarmizi
- En. Ahmad Tajuddin bin Mohamad Noah
- En. Adnin Aminurrashid bin Azilah
Juruaudit daripada Syarikat Platinum Shauffmantz Veritas (PSV).
“Pengauditan bukan mencari kesalahan, namun memberi peluang kepada Jabatan mencari penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan seterusnya memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan” ucapan Tuan Pengarah mengakhiri ucaptama beliau.













