Tarikh : 16-17 November 2022
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Hotel Trove Johor Bahru
Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Johor bersama-sama Pegawai Pertanian Daerah telah bekerjasama dalam mencurahkan idea dalam memantapkan lagi Pelan Strategik Pembangunan Pertanian Daerah (PSP) bagi menambahbaik dokumen sedia ada supaya lebih mantap dan komprehensif serta boleh digunapakai sebagai rujukan stakeholder dalam memenuhi keperluan golongan sasar.
Penghargaan kepada Tuan Haji Yosri bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor dan Encik Mohd Hafiz bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) atas sumbangan idea dan penjelasan yang cukup mantap dalam mencorak hala tuju pembangunan industri pertanian dan industri makanan di dalam Negeri Johor.










Turut hadir sama semua Pegawai Pertanian Daerah, semua Ketua Bahagian Ibu Pejabat, semua Pegawai Pemantau Negeri dan semua Desk Officer MS ISO dan PMI Daerah.
“Aktiviti Perkhidmatan Pengembangan Pertanian Yang Baik bukan sahaja mampu menyediakan perancangan yang baik, malahan pengukuran pencapaian semasa hendaklah dinilai semula supaya penambahbaikan boleh dilaksanakan sekiranya aktiviti yang dihasilkan tidak seperti yang diharapkan”
