Tarikh : 24 November 2022
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Holiday Villa Hotel Johor Bahru











Majlis Perasmian Penyampaian Insentif (PKPJ) Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2022 telah disempurnakan oleh YB Datoβ Zahari Bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani & Kemajuan Luar Bandar. Turut hadir sama
Tuan Haji Yosri Bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor & Puan Hadibah Binti Jahidin, Pegawai dari Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Johor (BPENJ) serta turut hadir Encik Mohd Hafiz Bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) & Encik Mohd Suffian Aizudin Bin Mohd Salleh, Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi)











Majlis Perasmian ini berlangsung di Holiday Villa Hotel Johor Bahru melibatkan 107 Orang Penerima Insentif Projek (PKPJ) dengan jumlah RM 1,023,850.00 serta turut menghadiri Majlis ini iaitu Kuasa Usaha, Unit Teknikal Jabatan Pertanian Negeri Johor, Pegawai Pertanian Daerah, Agen Pengembangan IAT & Urusetia
Objektif utama majlis ini adalah :
- Memberi penghargaan kepada semua usahawan Projek PKPJ dalam menyumbang terhadap sumber Ekonomi Negeri Johor
- Memberi pengiktirafan kepada Penyumbang utama ekonomi seterusnya kepada KDNK Negeri Johor
- Memberi sokongan moral terhadap usaha yang telah dilaksanakan oleh usahawan dalam menjamin belakan Makanan Negera khususnya di Negeri Johor
- Memberi pendedahan kepada usahawan berkaitan inisiatif-inisiatif kerajaan dalam menyokong usahawan mencapai dalam halatuju kerajaan sepertimana yang telah digariskan diadalam Dasar Agromakanan & pelan/pelan yang dirangka
- Menjadi platform untuk para pemimpin berjumpa terus dengan peringkat akar umbi mendengar permasalahan usahawan
Antara aturcara program ini adalah seperti : - Lawatan bersama YB Datoβ Zahari Bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani & Kemajuan Luar Bandar ke Booths setiap daerah di Negeri Johor melambangkan makanan terbaik setiap daerah
- Sesi Montaj
- Sesi Gimik Perasmian
- Penyampaian Insentif PKPJ kepada Usahawan
- Pertandingan Booths Terbaik
- Best Photo-Shot Award















