KUNJUNGAN HORMAT YB DATO’ ZAHARI BIN SARIP KE JPNJ

KUNJUNGAN HORMAT YB DATO’ ZAHARI BIN SARIP KE JPNJ

KUNJUNGAN HORMAT YB DATO’ ZAHARI BIN SARIP KE JPNJ

Tarikh : 5 April 2022
Masa : 10 pagi
Tempat : Bilik Camellia, Jabatan Pertanian Negeri Johor

Buat julung-julung kalinya, Jabatan Pertanian Negeri Johor menerima kunjungan hormat YB Dato’ Zahari bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor. Kehadiran beliau disambut oleh Tuan Hj Alang Mad Daud, Pengarah Pertanian Negeri Johor beserta Pegawai Pegawai kanan JPNJ termasuk Pegawai Pertanian KU dan Pegawai Pertanian Daerah.


Kunjungan ini bertujuan bagi sesi suai kenal dan titik permulaan bersama JPNJ bersempena lantikan ke atas YB Dato’ menerajui jawatan beliau bermula pada 23 Mac yang lalu.


Terima kasih diatas kunjungan YB Dato’ dan berharap sektor pertanian akan terus diperkasa dibawah kepimpinan YB Dato’. Semoga kerjasama ini lebih utuh dan kukuh demi membangunkan sektor pertanian khasnya di bumi JOHOR DARUL TA’ZIM.

 18,637 Jumlah Pengunjung Laman Ini,  8 Jumlah Pengunjung Hari Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published.