Program Hand On Kursus Asas Operasi Pengeluaran Tanaman oleh Guru-guru Pendidikan Khas Daerah Kota Tinggi Anjuran Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi bersama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi dengan kerjasama E Office Agro Tech Plantation Sdn Bhd di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Ulu Tiram.
Program telah dihadiri oleh Pn Mahani Binti Dolah sebagai wakil dari Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi, Pn Norbiha Binti Buang Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor (Bahagian Pendidikan Khas), En Tarmizi Bin Mohamad, Penolong Pegawai Pendidikan, Daerah Kota Tinggi, En Noralam Bin ShΓ hroni dan En Lee Chan Meng Pengarah Urusan Hiwood Realty Sdn Bhd.
Seramai 35 orang Guru Pendidikan Khas dari sekolah rendah dan menengah dalam Daerah Kota Tinggi telah mengikuti program ini yang julung kalinya diadakan di luar kawasan sekolah. Mereka telah diberikan tunjuk ajar dari penyediaan tanaman hingga ke peringkat penanaman di atas batas iaitu dari merotor, membaja organik, menyemai dalam petak semaian dan mengalih tanaman terus ke batas.
Di akhir program nanti semua Guru Pendidikan Khas dapat memahami dan melakukan semua proses penanaman bagi membolehkan mereka mengajar dan menyampaikan ilmu yang telah dipelajari kepada murid Pendidikan Khas di sekolah masing-masing.

















































