Lawatan Pengembangan dan Khidmat Nasihat oleh Agen Pengembangan Tanaman (APT) Mukim Pengerang/Pantai Timur

Lawatan Pengembangan dan Khidmat Nasihat oleh Agen Pengembangan Tanaman (APT) Mukim Pengerang/Pantai Timur

Lawatan Pengembangan dan Khidmat Nasihat oleh Agen Pengembangan Tanaman (APT) Mukim Pengerang/Pantai Timur

01 MAC 2022 | SG RENGIT

Lawatan Pengembangan dan Khidmat Nasihat oleh Agen Pengembangan Tanaman (APT) Mukim Pengerang/Pantai Timur En Muhammad Danial Hafiz Bin Mohd Said ke Projek Tanaman Durian En Mohamad di Kampung Masjid Ramunia seluas 0.8 hektar. Bagi tanaman durian, air merupakan sumber penting untuk proses tumbesaran.

Sistem pengairan adalah benda yang paling penting dan perlu diberi keutamaan. Tanpa air yang cukup pokok tidak dapat membesar dengan sihat. Sebagai contoh Automatik Water Dripping System atau Sistem Titisan Air Automatik di mana sebuah tangki bersaiz besar diperlukan untuk membekalkan air kepada tanaman tanpa menyiram secara manual.

Air dari tangki yang dicampur bersama bahan nutrien bagi memastikan tanaman hidup subur dan kuat. Ia beroperasi tanpa perlu dikawal atau dipantau setiap hari dan mudah diselenggara. Proses penyiraman ditetapkan pada masa dan waktu tertentu sahaja. Begitu juga dengan kuantiti air, akan ditentukan mengikut usia tanaman.

Selain dari pengairan, pemangkasan juga perlu diutamakan selepas penanaman selain penjagaan dan pembajaan bagi memastikan pokok dapat memberikan pulangan yang lumayan. Ia perlu dilakukan di peringkat awal pertumbuhan bagi tujuan mendapatkan bentuk pokok yang mempunyai batang utama yang tegak dan dahan-dahan primer yang mendatar. Kerja pemangkasan ini dilakukan bermula selepas 6 bulan ditanam di ladang dan dilakukan mengikut umur pokok.

 4,321 Jumlah Pengunjung Laman Ini,  44 Jumlah Pengunjung Hari Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published.