28 FEBRUARI 2022 | SG TELOR KOTA TINGGI
Selesai Kursus pertama tahun 2022, Pengurusan Asas Tanaman Fertigasi yang telah disampaikan oleh En Abdul Hadi Bin Abd Razak, Agen Pengembangan Tanaman (APT) Mukim Kota Tinggi/Ulu Sg Sedili Besar (USSB) bersama En Mohd Zam Bin Mohd Zainal Abidin, Agen Pengembangan Tanaman (APT) Mukim Ulu Sg Johor di Pejabat Kawasan Sg Telor.
Seramai 25 orang peserta kursus yang terdiri daripada petani yang baru menceburi bidang pertanian atau yang ingin menambah ilmu pengetahuan selain dapat bertukar-tukar pandangan dan pengalaman masing-masing hadir mengikuti kursus.Peserta diberikan taklimat bersemuka secara dua hala di masa yang sama, peserta bebas untuk bertanyakan soalan dan berkongsi pengalaman.
Peserta juga turut dibantu oleh Agen Pengembangan Tanaman Mukim lain iaitu En Mohamad Zaki Bin Mohd Said, Mukim Johor Lama/Tg Surat, En Zul Naim Bin Arbange, Mukim Sedili Kecil/Sedili Besar/Kambau dan En Mohamad Daniel Hafiz Bin Mohd Said, Mukim Pengerang/Pantai Timur. Turut hadir Desk Officer Pembangunan Modal Insan (PMI) Pn Mahani Binti Dolah sebagai urusetia kursus.