12 Febuari 2022 – Sabtu
Sawah Sungai Balang, Muar
YB Datuk Seri Haji Ahmad Bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Kelompok Sawah Sungai Balang Muar pada hari ini. Beliau juga sempt menyerahkan Mock Cek bagi bantuan yang diberi kepada kelompok ini.
Turut menyertai lawatan ini ialah Tn Hj Alang Mad Daud Bin Dawan, Pengarah Pertanian Negeri Johor bersama En Mohd Hafiz Bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) serta ketua jabatan dan agensi yang terlibat.
Taklimat telah diberikan oleh En Mohd Faizal Bin Saidi, Pegawai Pertanian Daerah Muar tentang aktiviti dan kemajuan projek kelompok sawah ini. Semoga dengan lawatan oleh YB Datuk Timbalan Menteri ini memberi semangat kepada para pesawah untuk lebih maju pada masa hadapan.






