21 Febuari 2022 – Isnin, Hotel Holiday Villa, Johor Bahru

YAB Dato’ Haji Hasni Bin Mohamad, Menteri Besar Johor bersana YB Datuk Haji Samsolbari Bin Jamali, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Kemajuan Luar Bandar pada hari ini menyantuni para petani, penternak, peladang, nelayan dan pemain industri asas tani dalam majlis ini.Seramai 200 orang pemain industri pertanian, penternakan, perikanan, perladangan dan industri asas tani diraikan dalam majlis ini.

Kerajaan Negeri Johor sangat komited dalam menyokong Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani untuk terus berkembang dan terus maju pada masa hadapan.Jabatan Pertanian Negeri Johor merakamkan sekalung penghargaan kepada semua pemain Industri Pertanian, Penternakan, Perikanan, Perladangan dan Industri Asas Tani Negeri Johor.” TERIMA KASIH …. YOU ARE OUR HERO !!! “

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *