31 Oktober 2021, Ahad

Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2021 telah diadakan di Grand Ballroom, Forest City Golf Hotel, Gelang Patah pada 31 Oktober 2021. Sambutan ini telah dirasmikan oleh YBhg Tn Hj Alang Mad Daud Bin Dawan, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Johor.

Sambutan ini diadakan bagi memberi anugerah kepada para pegawai dan petani yang telah menyertai Pertandingan Inovasi Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2021. Anugerah disampaikan oleh Pengarah Pertanian diiringi Pengerusi Jawatankusa Hari Inovasi, En Mohd Suffian Aizudin Bin Mohd Saleh, Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi).

Jabatan Pertanian Negeri Johor mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah.Di dalam majlis ini juga pegawai telah diberikan sebuah Tablet untuk tujuan pengisian data. Tablet ini disampaikan oleh Pengarah Pertanian diiringi En Mohd Hafiz Bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) Jabatan Pertanian Negeri Johor.

Semoga dengan pemberian Tablet ini dapat memudahkan kerja para pegawai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *