Tarikh : 22 – 23 November 2021

Masa : 8.30 Pagi – 5.00 Ptg

Tempat : Dewan King Fisher 1, Fraser Place Hotel, Iskandar Puteri

Satu Mesyuarat Penyelarasan Dan Perancangan Aktiviti Perkhidmatan Pengembangan Pertanian Bagi Tahun 2022 (MS ISO : 2015 PPP) telah jayanya diadakan selama 2 hari berturut-turut.

Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pertanian Negeri Johor, Tuan Hj. Alang Mad Daud bin Dawan dengan disertai oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Pertanian dan Penolong Pegawai Pertanian dari Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Johor dan semua daerah di Negeri Johor.

Mesyuarat ini bertujuan menyelaras Perancangan Aktiviti Perkhidmtaan Pengembangan Pertanian (MS ISO 9001:2015 PPP) bagi Tahun 2022 Jabatan Pertanian Negeri Johor. Pembentangan Pelan Strategik Pembangunan Pertanian telah memberi gambaran halatuju pembangunan industri pertanian di setiap daerah.

Penyelarasan keperluan Latihan Pegawai Jabatan Pertanian Negeri Johor juga diadakan bagi tujuan memastikan pegawai-pegawai Jabatan termasuklah Agen Pengembangan Tanaman dan IAT memperoleh latihan yang bersesuaian bagi memastikan kompetensi pegawai dapat ditingkatkan.

Diakhir majlis penutupan mesyuarat ini Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan), Encik Mohd Hafiz bin Ramly mengingatkan segala aktiviti pembangunan dan perkhidmatan pengembangan yang telah dirancang ini haruslah diberi perhatian sepenuhnya demi memastikan ianya dapat memenuhi keperluan semua pelanggan Jabatan Pertanian Negeri Johor termasuklah golongan sasar seperti petani dan usahawan IAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *